Info Putra Heights 2016

Kelas eCommerce Percuma Dari Lelong.my

Pihak Lelong.my, iaitu sebuah halaman “marketplace” terbesar di Malaysia, akan menganjurkan kelas ecommerce percuma kepada mereka yang berminat untuk menjadi pihak penjual di website Lelong.my. Kelas percuma tersebut akan diadakan di 3 lokasi, iaitu di Puchong (ibu pejabat lelong), Melaka, dan juga Johor Bahru.

Kelas eCommerce ini akan dikendalikan dalam 3 bahasa, iaitu dalam bahasa English, Melayu dan Mandarin, dan ianya akan berlangsung selama 3 jam.


Sewaktu entry ini ditulis, untuk kelas eCommerce berbahasa melayu, 7 daripada 9 slot sudah penuh, dan hanya tinggal 2 slot sahaja yang masih kosong, iaitu slot pada 2 April 2014 dan juga 23 April 2014, yang akan diadakan pada pukul 10 pagi hingga 1 tengahari.


Antara topik yang akan diajarkan di dalam kelas tersebut pula  adalah :-


  1. Tips Istimewa Untuk Penjual eCommerce
    1. Cabaran dan halangan penjual
    2. Kesilapan biasa
    3. Cara menyelesaikannya
  2. Tips Mengambil Gambar
  3. Sumber produk
  4. Platform lelong.my
  5. Payment Gateway
  6. Perkhidmatan Penghantaran Kurrier
  7. Real Sace Study
  8. Sesi Soal Jawab

Bagi anda yang berminat ingin menyertai kelas percuma ini, anda boleh mendaftar di http://www.lelong.com.my/Auc/Store/edc.asp


0 Komentar untuk "Kelas eCommerce Percuma Dari Lelong.my"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top