Info Putra Heights 2016

Had Minimum Perolehan Hartanah Oleh Kepentingan Asing Dinaikan Kepada RM1 Juta Seunit

Had minimum perolehan hartanah oleh kepentingan asing dinaikkan kepada RM1 juta seunit berbanding RM500,000 sebelum ini, berkuat kuasa esok, kata Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri hari ini.Di negeri selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tarikh penguatkuasaan sebenar tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa masing-masing, kata EPU dalam satu kenyataan.


Unit itu berkata langkah itu dilaksanakan oleh kerajaan untuk menstabilkan harga hartanah daripada spekulasi berlebihan dan memberi peluang kepada kepentingan tempatan untuk membeli hartanah berkualiti bernilai kurang daripada RM1 juta seunit, terutama unit kediaman.


Garis Panduan Perolehan Hartanah oleh EPU itu mula dikuatkuasakan pada 30 Jun, 2009 bagi menggantikan Garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing yang dimansuhkan.


Garis panduan itu bertujuan mengawal pemilihan hartanah oleh kepentingan asing di Malaysia.


Antara syarat dalam garis panduan itu ialah had minimum perolehan unit kediaman dan komersil, tanah perindustrian dan pertanian oleh rakyat asing.

0 Komentar untuk "Had Minimum Perolehan Hartanah Oleh Kepentingan Asing Dinaikan Kepada RM1 Juta Seunit"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top