Info Putra Heights 2016

Bahaya Terlebih Tidur dan Rawatan

Ramai dalam kalangan pelajar kolej dan universiti mengalami hipersomnia kerana mereka lebih banyak berjaga pada waktu malam untuk menyiapkan tugasan dan kesannya waktu tidur mereka sudah berubah. Mereka aktif pada waktu malam dan berasa letih dan mengantuk pada siang hari.Kanak-kanak yang menghadapi ketagihan permainan video yang melampau juga berdepan dengan masalah sama hingga menyebabkan mereka tidak dapat bangun pagi untuk ke sekolah kerana kualiti tidur sudah semakin menurun.


Kesan tidur berlebihan

Kencing Manis

Terdapat beberapa kajian membuktikan bahawa individu yang tidur lebih lama daripada waktu yang sepatutnya cenderung menghidap penyakit kencing manis. Meskipun diketahui ia adalah penyakit turun-temurun tetapi, dengan mengamalkan tidur secara berlebihan risiko mendapat penyakit ini cukup tinggi.


Sakit Jantung

Sekiranya anda biasa tidur lebih dari lapan jam setiap hari maka risiko untuk menderita sakit jantung adalah tinggi. Berdasarkan beberapa penelitian yang dijalankan, jumlah tidur sembilan hingga 12 jam sehari sangat tidak digalakkan kerana ia melebihi had waktu rehat yang sepatutnya.


Mudah lupa

Waktu tidur yang lebih dari lapan hingga sembilan jam sehari boleh meninggalkan kesan negatif ke atas tubuh badan. Pola tidur berlebihan boleh melambatkan fungsi sel otak sekali gus mengakibatkan masalah ingatan. Jika tidak ditangani segera, ia mungkin lebih membahayakan hingga mengundang risiko nyanyuk.


Kenaikan berat badan

Kadar metabolisme dalam badan berjalan sangat perlahan ketika anda sedang tidur. Disebabkan itulah bagi individu yang mengamalkan tidur berlebihan berisiko tinggi untuk mengalami obesiti sehingga 21 peratus berbanding mereka yang mendapatkan tidur secara normal.


Cara mengatasi


Setiap penyakit ada penawarnya, dan menurut Dr. Azhar, gejala hipersomnia boleh diatasi dengan dua cara iaitu sama ada melalui kaedah perubatan atau mengawalnya sendiri dengan mengubah sikap dan gaya hidup.


Individu yang berhadapan dengan masalah hipersomnia dan tidur berlebihan pada waktu siang dinasihatkan mengubah gaya hidup mereka terutamanya melibatkan soal pengambilan makanan dan minuman yang berisiko menyumbang kepada masalah berkenaan.

"Biasanya, pihak psikiatri akan menasihatkan pesakit yang gemar mengambil minuman berkafen seperti kopi dan teh supaya mengambil minuman berkenaan sebelum pukul 7 malam bagi memastikan mereka boleh tidur nyenyak pada waktu malam.


"Perokok juga disarankan untuk tidak merokok selepas pukul 7 malam memandangkan kandungan nikotin yang terdapat di dalam rokok berkenaan boleh mengaktifkan otak dan membuatkan seseorang individu itu berasa segar dan tidak mengantuk.


"Aktiviti senaman dan bersukan seperti bermain badminton, berjoging atau futsal pada lewat malam juga perlu dielakkan kerana selepas melakukan aktiviti tersebut badan kita akan menjadi aktif dan hanya akan berasa letih beberapa jam selepas itu," katanya.


Dalam masa sama, Dr. Azhar berkata, masyarakat digalakkan untuk menjadikan pengambilan susu dan buah-buahan seperti pisang pada waktu malam sebagai amalan kerana kajian yang dijalankan mendapati susu boleh menenangkan minda dan badan.

0 Komentar untuk "Bahaya Terlebih Tidur dan Rawatan"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top