Info Putra Heights 2016

RM300 untuk seorang kanak-kanak

Kuala Lumpur: Kira-kira 90 peratus daripada 3,123 TASKA berdaftar gagal mematuhi garis panduan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang boleh membahayakan kanak-kanak.

Antara yang paling ketara ialah gagal memenuhi nisbah bilangan kanak-kanak dengan saiz premis, nisbah seorang pengasuh bagi setiap tiga bayi dan memasak menggunakan api serta dapur gas.

Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia, berkata jumlah itu berdasarkan pemerhatian persatuan yang mendapati sembilan daripada 10 TASKA gagal mematuhi Garis Panduan Penubuhan TASKA dan TADIKA. 
TASKA abai peraturan undang padah

"Itu belum dikira TASKA tidak berdaftar yang pastinya melanggar peraturan. Namun, pemilik TASKA sukar mematuhi semua garis panduan kerana kebanyakannya mengenakan bayaran yang rendah," katanya kepada BH.

Panduan mendidik anak untuk jadi insan cemerlang

Poai Hong berkata, kebanyakan TASKA mengenakan bayaran RM300 untuk seorang kanak-kanak tetapi ia terlalu rendah bagi menampung kos menyediakan perkhidmatan dan kemudahan terbaik.

Gaji minimum RM900

Berikutan penetapan gaji minimum RM900, pengusaha TASKA juga berdepan masalah untuk menguruskan pusat berkenaan dengan bayaran serendah itu. 
0 Komentar untuk "RM300 untuk seorang kanak-kanak"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top