Info Putra Heights 2016

REHDA Cadang Bank Beri Subsidi Kadar Faedah Bantu Golongan Berpendapatan Rendah Miliki Rumah Pertama

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) menggesa institusi kewangan supaya memberi subsidi kadar faedah pinjaman hartanah untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah pertama mereka.Pengerusi REHDA Pulau Pinang Datuk Jerry Chan berkata kadar semasa tidak memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah kerana kadarnya yang tinggi.


Beliau berkata golongan miskin kini membayar kadar faedah tertinggi setelah bank-bank bimbang mereka mungkin tidak dapat membayar ansuran bulanan pada masa yang ditetapkan.


“Kerajaan persekutuan dan Bank Negara Malaysia perlu melihat perkara ini memandangkan kebanyakan pembeli berpendapatan rendah gagal mendapat kelulusan pinjaman mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis Tahun Baru Cina REHDA di sini Rabu malam.


Beliau berkata kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk membantu pembeli kali pertama kerana bergantung kepada Skim Perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia sahaja tidak mencukupi untuk menampung permintaan.


“Harga hartanah akan terus meningkat kerana inflasi dan dengan kadar pinjaman semasa, golongan miskin tidak akan dapat memiliki rumah pertama mereka,” katanya.Chan berkata, bajet sebelum ini tidak menangani keperluan pembeli rumah kali pertama.

0 Komentar untuk "REHDA Cadang Bank Beri Subsidi Kadar Faedah Bantu Golongan Berpendapatan Rendah Miliki Rumah Pertama"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top