Info Putra Heights 2016

Proton lancar dua varian baharu Satria dan Inspira

Proton Holdings Bhd. (Proton) melancarkan varian terbaharu Proton Satria Neo Standard 4AT dan Inspira Super Premium yang lebih sporty dengan tawaran harga istimewa untuk pelanggannya.Timbalan Ketua Pegawai Ekskutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim berkata, kedua-dua model baharu itu dilengkapi ciri-ciri keselamatan terkini dan menjanjikan pemanduan lebih mantap.Katanya, diskaun sebanyak RM1,388 daripada harga asal RM54,963.50 ditawarkan kepada pelanggan yang menempah Proton Satria Neo Standard 4AT sepanjang tiga hari Karnival Jualan Proton yang berlangsung di Auto City, Juru bermula pada hari ini.


"Model ini boleh dikatakan sebagai penambahbaikan bagi model Satria Neo Standard kerana dilengkapi dengan dengan rim sport 17 inci, kit badan R3, skirt sisi dan spoiler.

"Terdapat empat pilihan warna yang dikeluarkan iaitu merah, putih, hitam dan kelabu. Orang ramai dijemput hadir sendiri ke tapak jualan bagi memandu uji model kereta yang diminati selain turut ditawarkan pelan pinjaman pembiayaan dengan kaedah faedah serendah 2.5 peratus," katanya pada majlis pelancaran varian terbaharu kereta berkenaan di sini hari ini.


Bagi varian Inspira Super Premium pula katanya, dijual pada harga RM102 000 dan diskaun sebanyak RM1,888 diberikan sepanjang karnival berkenaan.

Lukman berkata, varian berkenaan dilengkapi dengan rim sport 18 inci, R3 kit badan dengan splitter hadapan, skirt sisi, dan spoiler belakang serta dilengkapi dengan ciri keselamatan dan didatangkan dalam satu warna sahaja.


Lukman berkata, Proton menyasarkan untuk menjual sebanyak 727 unit model tersebut sepanjang tiga hari karnival berlangsung iaitu sama seperti ketika penganjuran di Melaka pada minggu lepas.

Sepanjang tiga hari karnival berlangsung pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan seperti skimpinjaman kereta istimewa dinamakan Ambil Sekarang Bayar Kemudian dengan kaedah faedah berpatutan dengan kerjasama Bank Muamalat, pelbagai permainan menarik dan aktiviti kekeluargaan, pandu uji kereta, persembahan artis tempatan dan penampilan pasukan bola sepak Kedah.

0 Komentar untuk "Proton lancar dua varian baharu Satria dan Inspira"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top