Info Putra Heights 2016

Power Pillow - bantal charger

BIASANYA bantal digunakan untuk memberikan keselesaan semasa tidur. Bagaimanapun pada zaman moden bantal turut mempunyai fungsi tambahan. Selain menawarkan keselesaan, bantal kini berfungsi menjadi gajet yang membolehkan pengguna mengecas mana-mana peralatan mudah alih yang mempunyai sambungan USB. Bantal ini dipopularkan individu yang berasal dari Kanada, Lisa Sutt dan Geoff Martin melalui projek Power Pillow dalam KickStarter.


Bantal Power Pillow


Power Pillow sebuah gajet berbentuk empat segi dengan dua port USB membolehkan pengguna mengecas mana-mana peralatan mudah alih iPhone, tablet dan banyak lagi.

Kuasa baterinya menjangkau 12,000mAh litium polimer yang boleh mengecas iPhone sebanyak lima kali atau iPad saiz besar sebanyak satu setengah kali.Rekaan kecil ini membolehkan pengecas Pillow Power tersorok dalam bantal yang disediakan dengan pelbagai rekaan.


Ia berukuran hanya 0.57 inci dengan saiz keseluruhan 17 x 17 x 8 inci dan bantal buatan Amerika Syarikat ini sesuai diletakkan di sofa asalkan berdekatan soket tenaga.Bantal ini tidak berbahaya kerana bateri dan semua aksesori dibuat daripada fabrik penebat EX-Static iaitu karbon nanotiub BASF Resistant yang memberi perlindungan EMF dan menjauhkan pengeluaran statik.


Bantal elektronik ini mempunyai tujuh rekaan dan pembinanya membenarkan pilihan Power Pillow Elite yang membolehkan pengguna mencipta corak sendiri bantal. Antara rekaan yang ditawarkan termasuk Dottie, Skylar, Westbury, Puff, Knotty dan Maxim. Bantal ini diberi jaminan 90 hari.


0 Komentar untuk "Power Pillow - bantal charger"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top