Info Putra Heights 2016

Tumor gergasi dalam perut wanita

ZLIN, Republik Czech - Satu pembedahan telah dilakukan ke atas seorang wanita berusia 47 tahun di sini untuk membuang tumor seberat 36 kilogram (kg) di dalam perutnya, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Wanita tersebut menderita bertahun-tahun ekoran ketumbuhan itu yang semakin membesar tetapi dia takut untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Beberapa pakar bedah di sini akhirnya berjaya mengeluarkan tumor tersebut dalam pembedahan sukar yang mengambil masa selama tujuh jam.


"Perkara yang sangat pelik buat saya adalah apabila tiada seorang pun ahli keluarga atau rakan pesakit bertindak secara sepatutnya (membawa pesakit ke hospital)," kata ketua jabatan obstetrik dan ginekologi Hospital Rantau Zlin, Zdenek Adamik.

"Mereka membiarkan wanita itu terlantar di katil sejak sekian lama," tambahya.

Beberapa doktor kini memantau keadaan wanita tersebut tetapi mereka tidak pasti sama ada dia akan pulih selepas menjalani pembedahan drastik tersebut. - Agensi


0 Komentar untuk "Tumor gergasi dalam perut wanita"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top