Info Putra Heights 2016

Tarikh Beli No PIN Kemasukkan UPU 2014

Nombor pin untuk permohonan kemasukan ke IPTA UPU, POLITEKNIK DAN ILKA boleh mula dibeli melalui Bank Simpanan Nasional pada atau selepas 20 Januari 2014 dan permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi kemasukan IPTA POLITEKNIK (TEVT) DAN ILKA.



Calon-calon yang layak membuat pembelian dan permohonan UPU pada januari 2014 ini adalah calon-calon lepasan SPM 2013 yang mahu menyambung pengajian diperingkat Sijil, Asasi atau Diploma. Kemasukan 2014/2015


Panduan Membeli Nombor Pin UPU di ATM Bank Simpanan Nasional



pin upu



1. Masukkan Nombor Pin (pin kad ATM anda)

2. Pilih Urusan 'BELI PIN'

3. Pilih Jenis Permohonan – Contoh 'IPTA'

4. Pilih Jenis Program IPTA – Contoh Lepasan 'SPM' 

5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Pelajar/My Kad

6. Semak Maklumat Pembelian Pin 

7. Resit Dicetak, Urusan Selesa 


NOTE: • Untuk pembelian PIN diluar tempoh jualan mesej berikut  akan terpapar : "Diluar Tempoh Jualan" 

• Bagi Mesin ATM yang kehabisan resit, pembelian PIN tidak dibenarkan.

• Pembelian PIN di ATM hanya untuk My Kad/KP baru sahaja.


BSN juga memperkenalkan sistem baru SMS Banking. Sistem perbankan SMS ini juga boleh digunakan untuk membeli no PIN IPTA jika anda pemengang akaun persendirian GIRO / GIROi Apakah perkhidmatan yang di tawarkan oleh BSN SMS Banking? 


• Pertanyaan baki 

• Pindahan akaun • Pembayaran Bil • Pembelian PIN • Pembelian Sijil Simpanan Premium (SSP) • Prepaid Top Up (Maxis, Digi & Celcom)


  1. Masukkan No. Pin dan Pilih Urusan Lain
  2. Pilih Perbankan SMS dan Pilih Pendaftaran
  3. Masukkan No. Telefon Bimbit
  4. Urusan Telah Berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
  5. SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.



Panduan Beli No Unik id/Pin IPTA Cara SMS


Pengguna perlu mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM. Untuk mendaftar di ATM atau CDM    Masukkan Kad MATRIX BSN dan Pilih Bahasa

Selepas berjaya mendaftar, barulah boleh membeli Nombor Pin UPU melalui sms.

SMS ke 36898  dengan menaip  PIN<jarak>M-PIN<jarak>ORG<jarak>KP


contoh : PIN 012345 SPM 950101010101

*M-PIN adalah no pin kad Matrix BSN


Jika anda tidak memiliki akaun persendirian di BSN. Anda boleh juga membeli no PIN UPU dikaunter BSN menggunakan kad pengenalan anda.


Cara beli no. PIN UPU dikaunter BSN


1. Isi butiran peribadi pada borang biru.

2. Ambil no. giliran

3. Dapatkan no. pin anda.


Aplikasi Permohonan Online Kemasukan IPTA Politeknik dan ILKA


Sistem Permohonan Online Kemasukan Pelajar Ke IPTA akan dibuka pada 20 Januari 2014, jam 12.00 tengahari. Pemohon boleh gunakan link di atas  untuk membuat permohonan. Semoga Berjaya saya ucapkan kepada pemohon.


Belajar Grammar English Dalam Bahasa Melayu



Oh ya, sebelum  pemohon melangkah jauh ke ipta/ipts apa, saya sarankan pemohon untuk memperkuatkan penguasaan bahasa english sebab di ipts/ipta ni banyak guna bahasa english. Pemohon boleh rujuk kepada satu buku ni yang mengajar grammar english dalam bahasa melayu.Buku ini ditulis bagi memudahkan anda membacamemahami, dan menguasai English, kerana ia adalah amat penting pada masa kini. Keunikan buku ini adalah segala penerangan adalah dalam Bahasa Malaysia !! Ini bagi memudahkan anda memahami fungsi-fungsi setiap topik grammar tersebut.

0 Komentar untuk "Tarikh Beli No PIN Kemasukkan UPU 2014"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top