Info Putra Heights 2016

Kronologi Kes Kematian Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah

Kes kematian budak umur 2 tahun di Paka Terengganu menjadi satu igauan ngeri keluarganya kerana foto pembunuhan ini telah tersebar di facebook, mungkin ada yang dah tengok dan mungin juga ada yang malas nak tengok. Dan ramai jugak yang buat  status supaya di hentikan penyebaran foto pumbunuhan tersebut untuk mengambil kira emosi keluarga yang terlibat, kalau kena kat kita pun kita akan trauma gak kan.


Berikut adalah kronologi kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun iaitu Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah yang ditemui mati dipercayai dibunuh dalam sebuah rumah kosong di Taman Permint Fasa Dua Seberang Paka, Dungun Terengganu.



17 Januari 2014


Nursyafiqah Abdullah dilaporkan hilang oleh ibunya dan laporan polis telah dibuat

Ibu mangsa Rabiatul Adawiyah Mamat berusia 28 tahun sebelum itu dilaporkan meninggalkan anaknya di dalam sebuah kereta yang tidak berkunci, untuk bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Kuala Paka.

Sejurus dia kembali ke keretanya, anaknya itu didapati hilang


gambar nursyafiqah abdullah budak umur 2 tahun mati diibunuh kronologi kes kematian nursyafiqah adawiyyah abdullah


21 Januari 2014


Seorang pengawal keselamatan telah menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun kira -kira jam 3.20 petang Selasa dalam keadaan mayat mangsa dipenuhi darah dan separuh bogel dengan pakaiannya tersingkap hingga ke paras dada

Penemuan juga berkaitan selepas pengawal keselamatan terbabit terhidu bau busuk yang datang dari sebuah rumah kosong di Taman Permint Fasa Dua Seberang Paka, Dungun Terengganu


22 Januari 2014


Media melaporkan, polis turut memburu individu pertama yang muat naik foto pembunuhan Nursyafiqah Abdullah di internet menerusi laman sosial

Ibu mangsa berusia 28 tahun sebelum ini dipercayai membuat laporan palsu iaitu pada Jumaat 17 Januari dan selepas siasatan lanjut dibuat oleh pihak polis empat suspek iaitu dua rakan suspek utama masing-masing berusia 25 tahun serta ibu mangsa dan teman lelaki wanita berkenaan diberkas di sekitar Paka

Kesemua yang ditahan itu merupakan penagih dan pengedar dadah


23 Januari 2014


Siasatan terus dijalankan dan polis percaya dapat menyelesaikan kes ini dengan tertangkapnya keempat-empat suspek bagi mengetahui motif sebenar kanak-kanak itu dibunuh dan menangkap pembunuhnya.


Anak Soleh?


Macam mana nak didik anak jadi soleh ya? Banyak perkara berlaku sebab didikan ibu bapa yang tak berkesan ataupun ibubapa tak tahu cara  yang betul mendidik anak. Serius, kalau yang baru-baru kahwin, mesti confius cara nak didik anak kan. Nak anak panggil kita daddy ke, ayah ke, bapa ke.. mesti terfikir tentang tu kan. Aku pun bukannya terror didik anak, gitu-gitu jer.




Tapi ada satu panduan yang boleh di jadikan rujukan untuk memdidik anak secara soleh atau solehah. Panduan ni di namakan oleh penulisnya Rahsia Anak Soleh. Nak tahu lebih lanjut, korang baca sendiri ringkasan tentang cara didik anak jadi soleh nih.

0 Komentar untuk "Kronologi Kes Kematian Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top