Info Putra Heights 2016

Kredit kad maybank2cards dan OCBC Bank Titanium

Korang ada guna kredit kad ( credit cards ) kan, korang guna kad bank mana? Aku guna maybank2u cards dari maybank dan juga OCBC Bank. Kat sini aku nak citer skit pengalaman aku dengan 2 kredit kad nih untuk pertimbangan korang yang masih cari-cari kredit kad yang sesuai. Tak guna lagi bagus, tapi kalau guna kredit kena caranya, lagi lah bagus sebab ada kebaikkannya jugak. Betul ada, mesti ada yang masih takut-takut nak guna kredit kad kan. Cam aku dulu-dulu gak ler.


Kredit kad OCBC Bank


Kad ni aku baru je guna, sebab terpengaruh dengan budak-budak sale kat The Curve, macam-macam promosi katanya, sign dapat free bag satu, aku minta dua, budak tu bagi hehehe..pau je, lagi pun free je. Pandai-pandai le budak tu kira sendiri kan. Aku tertarik sebab ada rebet 5% setaip hari, maksimum rm50 sebulan hanya di kedai-kedai utama je ler. Kedai kecik-kecik rebet 1% je. Isi minyak rebet 5% ni, setaip hari, bukan weekend je ya. Best main gores-gores lepas tuh bayar secara online. Point tak de le.



Yang tak bestnya pulak, bulan lepas terimas surat, rebet 5% dah di hapuskan, ganti rebet 1% jer kat semua kedai! Ini dah macam hampeh le kan, 1% je kad mana-mana bank pun boleh dapat. Jadi tak ada keistimewaan dah kad OCBC Bank nih. Aku bakal tamatkan kad ni nanti, tengah usha-usha pengganti kredit kad nih, mungkin HSBC kot, belum survey lagih.


Kredit kad Maybank2cards Maybank


Kredit kad ni terbaik pada pendapat aku buat masa ini mengikut kegunaan aku yang banyak isi minyak. Sebab aku ada akaun mayban2u, senang nak tengok bil dan bayar. Rebet 5% kedai terpilih pada weekend sahaja dan juga rm1=5 point ( bersamaan dengan rebet 2% ). Akaun ni datang dengan satu lagi kad Visa atau Mastercard, kira satu akaun 2 kredit kad le nih.



Yang tak bestnya, Amex ni senang org klon! Setakat ni dah 2 Amex aku kena klon. Terbaru semalam, di gunakan untuk transaksi online kat 2 tempat. Terpaksalah cancelled dan tunggu kad baru. Tapi takde le kena caj, dekat-dekat rm1000 tuh. Camne aku boleh tahu? Biasanya kalau ada transaksi, pemegang kad akan terima sms menyatakan jumlah di belanjakan dan di mana. Kalau tak betul, cepat-cepat call ke call centre, minta kepastian. Jangan lupa simpan nombor tepon call centre kredit kad korang.



Jadi, rajin-rajin lah semak penyata kredit kad nih, jangan main terima je, tak semak terus bayo, nanti ada org guna kita tak sedar.

0 Komentar untuk "Kredit kad maybank2cards dan OCBC Bank Titanium"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top