Info Putra Heights 2016

Kalau duit tak cukup, apa-apa pun jadi

Pernahkah korang makan roti canai kat mamak, lepas tuh cicah kuah dal atau kari sampai licin kuah tuh? Ada tapi jarang kan. Bila keadaan ni biasa berlaku? Aku pernah mengalami macam nih, pengalaman macam nih memang mendewasakan dan membuatkan aku menghargai apa yang ada dan jangan membazir. Benda ni boleh gak berlaku kat sapa terutama bila korang terima berita yang menjurus kepada pendapatan akan hilang atau pendapatan korang akan berkurangan... fuhh.. macam tak berapa nak paham jer nih.


Kuah roti canai sampai licin


Iya boleh berlaku kat sapa-sapa, yang sedang baca entri ni pun tak terkecuali gak. Bila dah kerja lama-lama, tetiba kompeni nak tutup, atau pun kompeni relocate dan tempat baru tuh jauh dari tempat sekarang, dah tentu kos akan meningkat sebab kalau relocate ke tempat yg kos lebih murah, tak mungkin kompeni akan bagi kenaikkan gaji. Pernah tak korang mengalamani masalah nih? Ini kira masalah le nih, yang muda-muda baru setahun kerja ok lagih, bleh cari kerja lain dgn senang sbb gaji pun belum banyak lagi kan. Kalau yang dah lama keje, gaji dah riban-riban, ada yang berjaya dapat kerja yang sesuai, ada yang tak, camne? Pernah korang mengalami masalah ni?


Biskut meri pun sodap


Pernah korang rasa biskut meri cam lebih berkrim dari biasa? Dapat makan biskut meri pun dah terasa wahhhh bestnya... hargailah keadaan ini walaupun dalam keadaan biasa dan bukan dalam keadaan terdesak. Sebab kalau dalam keadaan terdesak, biskut meri ni rasa bestnya lain macam.


Pernah dengar VSS? Skim berenti kerja sukarela untuk swasta? VSS ni biasa berlaku dalam swasta, terutama setiap 10 tahun, yang gaji dah mahal-mahal biasa di minta berenti sukarela dan di bayar mengikut tahun bekerja. Adakah korang dah stanby benda nih? Cukupkah tabungan buluh korang atau ASB atau unit trust korang nak hadapi benda nih. Bila umur dah meningkat ( lebih 40 tahun ), susah ooo nak dapat kerja ( aku rasa le ) melainkan kerja-kerja yang pangkat tinggi-tinggi le dan tanggungjawab pun tinggi gak. Tapi ramai yang lepas VSS balik kampung, tanam jagung... betul aku cakap. Sudahkan korang ready menghadapi benda-benda nih?


Kerja part time


Jadi, sebelum apa-apa benda buruk berlaku, aku sarankan korang buat lah kerja part time dari sekarang, tabung awal-awal atau pun buat part time awal-awal supaya bila keadaan terdesak tidaklah memudaratkan korang nanti. Mula lah dalam keadaan selesa nih sebab bila dah dalam keadaan terdesak baru nak mula, banyak risikonya, banyak yang nak kena belajar. Korang boleh cuba banyak kerja part time, cuma aku nak rekemen yang satu ni jer buat masa nih.Dengar citer income meletup-letup bertingket-tingket. Cuba korang baca skit review tentang income meletup-letup nih.

0 Komentar untuk "Kalau duit tak cukup, apa-apa pun jadi"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top