Info Putra Heights 2016

Ganja Obamacare

Pasukan polis negeri Massachusetts menyatakan, pihaknya telah menahan sebuah kereta mengandungi 1,250 bungkusan ganja yang tertera perkataan Obamacare dan nama Kurt Cobain.Susulan penemuan tersebut, polis turut menahan empat individu yang berada di dalam kereta berkenaan.Polis berkata, pihaknya sedang mengadakan sekatan jalan raya di Northampton apabila beberapa anggota polis melihat sebuah kereta cuba memecut laju.

Ganja Obamacare

Siasatan awal mendapati kenderaan itu memiliki banyak kesalahan jalan raya.Polis kemudian menahan kereta suspek tidak jauh dari lokasi sekatan jalan raya itu.Beberapa anggota polis yang dibantu seekor anjing pengesan menemui sejumlah bungkusan ganja di dalam kereta berkenaan.


"Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk melabelkan ganja menggunakan nombor, perkataan atau simbol," kata pegawai polis Massachusetts, Leftenan Daniel Richard.

"Namun, ini kali pertama saya melihat perkataan Obamacare digunakan," tambahnya.

Obamacare merujuk kepada pelan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama untuk menyediakan insurans kesihatan kepada penduduk miskin di AS.


0 Komentar untuk "Ganja Obamacare"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top