Info Putra Heights 2016

Tugas terakhir Hodak

SEANDAINYA Kelantan sekali lagi dinobatkan sebagai juara Piala
Malaysia 2013, ia masih belum mampu untuk mengubati kekecewaan
peminat-peminat fanatik pasukan Pantai Timur itu.

Ini kerana mereka bakal kehilangan jurulatih berwibawa, Bojan Hodak.

Jurulatih kelahiran Croatia itu berjaya memimpin Kelantan dengan
pencapaian yang sungguh membanggakan sehingga bergelar juara trebel
musim lalu.

Begitupun, Hodak yang dilantik sebagai pengendali skuad Kelantan pada
Mac 2012 lalu, dilihat lebih berminat untuk memberikan perhatian
kepada aksi final berbanding memikirkan hala tuju kariernya selepas
ini.

"Benar, ini adalah tugas terakhir saya untuk Kelantan tetapi saya
lebih berminat untuk memberikan perhatian kepada aksi final Piala
Malaysia.

"Peluang buat kedua-dua pasukan adalah seimbang. Buat pasukan saya
sendiri, skuad Kelantan berada di dalam keadaan terbaik.

"Sudah tentu kami mahu memenangi Piala Malaysia. Pendapat saya, tiada
sebarang perbezaan aksi final ini dengan mana-mana perlawanan lain.

"Namun, kami turun tanpa kelibat Obinna (Nwaneri). Kedua-dua pasukan
memiliki kelebihan sama yang mana pemain-pemain ini mempunyai
pengalaman beraksi di perlawanan besar seperti final Piala Malaysia.

"Jika Obinna beraksi, saya berani mengatakan bahawa peluang kami iaitu
sebanyak 51-49 peratus untuk menjulang Piala Malaysia sekali lagi,"
katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pengurus-pengurus pasukan
yang bertanding pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam,
semalam.

Dalam perkembangan sama, Hodak juga tidak mahu terjerat dengan
permainan psikologi Pahang pada final itu nanti.
0 Komentar untuk "Tugas terakhir Hodak"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top