Info Putra Heights 2016

Skim gaji pensyarah IPTA dikaji

Kuala Lumpur: Kerajaan memberi jaminan akan menilai skim perkhidmatan pensyarah institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang ketinggalan berbanding penjawat awam lain. 

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata perbincangan teliti mengenai cadangan itu akan dilakukan sebelum dikemukakan ke peringkat lebih tinggi untuk Kuala Lumpur: Kerajaan memberi jaminan akan menilai skim perkhidmatan pensyarah institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang ketinggalan berbanding penjawat awam lain. 


Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata perbincangan teliti mengenai cadangan itu akan dilakukan sebelum dikemukakan ke peringkat lebih tinggi untuk diputuskan. 


"Kita akan bentangkan kepada pihak atasan untuk perhatian sewajarnya," katanya ketika diminta mengulas desakan Majlis Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) supaya ia dikaji semula kerana tidak pernah ditambah baik sejak lebih 10 tahun lalu. 



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri Wilayah, di sini semalam. 

Dalam pembentangan Bajet 2014 bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 81 skim perkhidmatan awam akan diberi penambahbaikan, berkuat kuasa Januari 2014. 

Sebelum itu, 86 skim perkhidmatan dikaji bagi memastikan kadar gaji minimum dan elaun penjawat awam sentiasa selaras dengan kenaikan kos sara hidup semasa. 

Sebelum ini MACC yang mewakili kira-kira 30,000 pensyarah IPTA mendesak kerajaan mengkaji skim itu dengan memperkenalkan kenaikan pangkat pensyarah dan tenaga pengajar dibuat berdasarkan tempoh perkhidmatan, bukan berdasarkan merit. 

Ditakuk lama 

Pengerusi MAAC, Prof Dr Mohd Idrus Mohd Masirin, berkata ia sudah berlarutan lebih 10 tahun dan skim gaji pensyarah masih di takuk lama tanpa penambahbaikan. 

Beliau dilaporkan berkata, tidak semua pensyarah melakukan kajian serta menghasilkan inovasi untuk dijadikan merit dalam proses kenaikan pangkat dan gaji. 

Mengulas tanggapan negatif sesetengah pihak susulan keputusan Sejarah dijadikan subjek wajib lulus SPM mulai tahun ini, Idris berkata, kementerian bukan mahu membebankan pelajar apabila menjadikan ia wajib lulus. 

Katanya, langkah berkenaan bertujuan supaya generasi muda tahu sejarah negara, sekali gus mendidik mereka menjadi warga negara yang baik.

0 Komentar untuk "Skim gaji pensyarah IPTA dikaji"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top