Info Putra Heights 2016

Tips Pengurusan Masa Yang Baik Dan Berkesan

Pegurusan masa yang baik sangat memberi kesan kepada kehidupan seharian kita. Betul tak? Dalam sehari, setiap antara kita ada 24 jam untuk melaksanakan semua tanggungjawab kita termasuk makan, tidur dan dan jangan dilupakan solat.Tapi pernah tak korang terfikir kenapa ada yang boleh selesaikan semua tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin, malah ada masa juga untuk bersantai bersama keluarga dan sahabat handai.
Sedangkan ada segelintir dan ada kalanya termasuk diri kita sendiri juga, merasakan 24 jam tu ibarat 24 minit. Sehinggakan kita terpaksa menangguhkan kerja ke hari esok. Dan semakin kita tangguh semakin rasa diri terbeban. Masa tu mulalah kita berangan
kan best kalau sehari tu ada 42 jam
Sebenarnya kalau sehari tu ada 100 jam sekalipun, jika kita tak bijak menguruskan masa dengan sebaiknya masih tak akan cukup juga.
Baru-baru ini ketika dapat projek part time buat blog, terasa seakan 24 jam tu tidak cukup. Jujurnya ni bukan kali pertama akurasakan begitu. Malah aku yakin korang pun pernah merasakan benda yang sama. Betul tak.
Tips Pengurusan Masa Yang Baik Dan BerkesanMasa tu terasa banyak benda lain terpaksa diabaikan untuk seketika untuk memberi keutamaan pada job yg aku dapat. Yang menjadi masalah bukannya kekurangan masa kerana masa tetap 24 jam sehari, malah bukan juga disebabkan oleh tempahan itu sedangkan sebelum ini pun aku dah banyak menerima tempahan. Tetapi yang menjadi masalah adalah cara aku menguruskan masa ketika itu.
Kerana tidak mahu terasa terbeban dengan alasan masa tidak cukup, aku cuba untuk mengamalkan beberapa tips pengurusan masa yang aku baca di Rahsia Pengurusan Masa, antaranya aku membahagikan kerja antara URGENT dan IMPORTANT.
Pada aku, setiap tanggungjawab seharian adalah important tetapi bukan semuanya urgent. Maksudnya semua kerja yang aku perlu lakukan itu penting tetapi tidak bermaksud aku perlu selesaikannya dengan segera. Jadi aku utamakan yang urgent tu dulu. Jadi tidaklah aku rasa terbeban dengan kekurangan masa untuk menyiapkan semuanya dalam masa yang sama.
Ada beberapa cara lain yang turut aku amalkan ketika kebizian melanda ketika itu. Dan nampaknya semua tips tu berhasil. Buktinya kerja yang perlu disiapkan dalam masa seminggu, berjaya aku siapkan hanya dalam masa 4 hari sahaja. Memang berkesan kan.
Untuk korang yang rasa sentiasa tak cukup masa atau ingin belajar cara pengurusan masa dengan lebih berkesan bolehlah mendapatkan Rahsia Pengurusan Masa.
Mudah-mudahan selepas itu korang ada lebih banyak masa untuk bersantai atau bercuti bersama keluarga tersayang.
0 Komentar untuk "Tips Pengurusan Masa Yang Baik Dan Berkesan"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top