Info Putra Heights 2016

Revolusi pakaian dalam

Pakai baju penting, pakai pakain dalam juga penting oooo. Ini ada satu teknologi material dalam pembuatan pakaian dalam untuk lelaki dan wanita gak yang bagus untuk kesihatan. Material ni seusia le rakyat Malaysia yang bercuaca panas ni kan. Tapi harga mungkin mahal skit sebab teknologi ni baru lagi kat pasaran. Kalau dah dapat banyak duit dari jobdirumah tuh, apa salahnya mencuba pakaian-pakaian cam nih untuk kesihatan.
Kredit: kosmo
TIADA siapa memberi perhatian kepada kepentingan pakaian dalam (innerwear) yang kebiasaannya dipakai secara harian terutamanya ketika ke pejabat.Kaum Adam khususnya, amat bergantung kepada pakaian jenis itu atau singlet apabila berpakaian formal. Fungsinya sebagai lapisan bawah kemeja sangat penting bagi menyerap peluh dan mengelakkan kemeja basah pada cuaca panas.Atas tujuan itu, jenama pakaian dari Jepun, Uniqlo memperkenalkan koleksi pakaian dalam AIRism. Seperti namanya, AIRism ringan pada kulit dan sejuk apabila disentuh.
Mungkin ada segelintir individu kurang gemar mengenakan pakaian dalam kerana berasa terganggu. Namun AIRism mampu mengubah perasaan itu kerana teksturnya yang ringan membuatkan anda selesa sepanjang hari.Pilih sama ada anda mahu baju-T tanpa lengan berleher V atau baju-T berleher V untuk dijadikan pakaian dalam ataupun digunakan ketika melakukan aktiviti riadah seperti berjoging.
AIRism juga menawarkan variasi seluar dalam kepada golongan lelaki dari jenis boxer brief.
Kepada wanita, seleksi baju-T leher jatuh (scoop) dan baju tanpa lengan pasti memberikan gaya santai ketika di rumah atau ke pasar raya. Terdapat juga kamisol atau anak baju dengan keperincian renda atau sulaman.Kunci kepada kesempurnaan AIRism terletak pada material istimewa yang digunakan yang berfungsi sebagai pencegah bakteria dan bau. Ia juga mampu mengehadkan perpeluhan.
Fabrik khusus itu turut menyerap peluh dan meneutralkannya bagi mengelakkan pembentukan bau badan. Peluh yang diserap kemudiannya dikeringkan dengan pantas menerusi gentian fabrik baju tersebut. Ia juga berupaya membebaskan kepanasan dari badan bagi membantu anda kekal sejuk dan selesa.Penggunaan material bagi koleksi musim bunga/panas 2013 itu mudah regang yang membantu individu bergerak bebas tanpa sekatan.
 
2 Komentar untuk "Revolusi pakaian dalam"

tq tq, satu perkongsian

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top