Info Putra Heights 2016

Jam Tangan Pintar Samsung Galaxy Gear

Oklah, geng-geng blogger asyik kecoh-kecoh pasal buat duit dengan jomniaga dan payment dari jobdirumah, apa kata kita ambik berata tentang produk baru Samsung ni plak, jom pintar Galaxy Gear. Harga dalam rm986. Boleh lah angkat kalau dah kumpul duit percuma dari jomniaga dan jobdirumah. Kalau korang orang kaya dan minat gajet, boleh je try benda nih.Sebelum tuh aku ada kongsi gambar Samsung Galaxy Gear.

 
Berlin/Seoul: Samsung Electronics Co Ltd dan Qualcomm Inc melancarkan jam pintar dikenali Galaxy Gear, dalam usahanya meneroka pasaran ‘peralatan boleh dipakai’ yang dianggarkan bernilai AS$50 bilion. Ia susulan pasaran telefon mudah alih mewah kini mulai tepu. Kedua-dua syarikat berkenaan melancarkan peranti baru berkenaan pada majlis yang hampir diadakan serentak di Berlin dan San Diego.

Jangkaan harga RM986 seunit
Namun begitu, dengan jangkaan harga jualan AS$300 (RM986) seunit, beberapa penganalisis serta-merta mempersoalkan sama ada harga berkenaan ada mahal. Jam tangan pintar Samsung Galaxy Gear berfungsi sebagai aksesori untuk telefon mudah alihnya yang kini menerajui pasaran dengan skrin kecil yang menawarkan fungsi asas seperti gambar, panggilan bebas kawalan dan mesej segera.

Jam tangan pintar Qualcomm iaitu Toq boleh memainkan muzik dan mengendalikan panggilan telefon dan mesej. Ia bakal menjadi jam pintar pertama dengan boleh skrin warna ‘Mirasol’ boleh sentuh yang boleh dilihat dengan mudah dalam cahaya yang cerah.

Pelancarannya, bertepatan dengan pelancaran pameran perdagangan elektronik pengguna IFA di Berlin, yang juga mengisyaratkan gergasi Korea Selatan itu adalah lebih pantas dalam inovasi di belakang Apple, yang dijangkakan melancarkan iPhone terbarunya minggu depan tetapi tidak bercadang untuk melancarkan sebarang peranti yang boleh dipakai.

“Saya percaya yang ia akan menjadi ikon fesyen terbaru di dunia,” kata Ketua Eksekutif Bersama Samsung dan Ketua Perniagaan Mudah Alih pada majlis Unpacked 2013 Episode 2.

Memanfaatkan kemajuan teknologi suara, biometrik, komunikasi dan simpanan data menggunakan cloud serta penggunaan tenaga, jam pintar dan peranti yang boleh dipakai lain dianggarkan mempunyai nilai pasaran AS$50 bilion menjelang 2017, menurut Credit Suisse.

Apple Inc dan Google Inc juga merancang untuk memperluaskan perniagaan dalam segmen itu termasuk memperkenalkan peranti yang boleh dipakai di lengan, yang mana penganalisis menjangkakan ia akan menjadi fasa seterusnya bagi lonjakan dalam komunikasi mudah alih.
0 Komentar untuk "Jam Tangan Pintar Samsung Galaxy Gear"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top