Info Putra Heights 2016

Amri Yahyah jadi duta Habib

Goool goool dan goool. Camtu lah aku tengok bola semalam, 3 gol kena lah 3 kali sorak kan. Semangat kemain tengok Pestabola Merdeka nih. Harap-harap final sabtu ni boleh makan Myanmar sekali lagi. Dan syarikat jual barang kemas Habib ada buat koleksi Harimau Malaya! Barang-barang kemas sempena Harimau Malaya le nih, peminat-peminat bolasepak Malaysia boleh lah dapatkan koleksi ni yang berharga RM600. Berita ni dari kosmo aku kongsi dengan korang semua.

Koleksi Habib & Dutanya Amri Yahyah. ( kredit kosmo )
MENGHARGAI semangat berani dan kesungguhan rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada perkembangan pesat dan kemajuan negara sempena Hari Merdeka tahun ini, syarikat barang kemas tempatan, Habib Jewels Sdn. Bhd. (Habib) melancarkan koleksi istimewa yang diilhamkan daripada Harimau Malaya.Harimau dijadikan inspirasi dalam koleksi khas kaum Adam ini kerana ia sering digambarkan sebagai haiwan yang berani dan tidak gentar terhadap sebarang cabaran.
Pengarah Urusan Habib, Datuk Meer Sadik Habib berkata, penghasilan koleksi Harimau Malaya ini adalah sebagai salah satu cara pihaknya berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menjadi tonggak kepada perkembangan negara sehingga menjadi contoh kepada negara-negara membangun yang lain.
"Kami percaya semangat harimau ini akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan yang lebih tinggi pada masa hadapan," ujarnya ketika pada majlis pelancaran melancarkan koleksi itu baru-baru ini.
Turut hadir ialah Duta Koleksi Harimau Merdeka yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Amri Yahyah.
Batu permata mata harimau dijadikan sebagai permata utama yang disematkan dalam 20 rekaan menarik koleksi yang merangkumi butang Melayu serta variasi cincin lelaki ini. Batu kumpulan kuarza yang berwarna coklat kemerah-merahan dengan garisan-garisan halus yang menyerupai mata harimau itu mempunyai kilauan licin yang menampakkan kemewahan dan kehalusan rekaannya.
Koleksi Harimau Malaya boleh didapati di semua cawangan Habib di seluruh negara dari harga permulaan RM600.
0 Komentar untuk "Amri Yahyah jadi duta Habib"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top