Info Putra Heights 2016

Gambar blur lelaki disyakki bunuh tokoh perbankan

KUALA LUMPUR - Siasatan lanjut kes pembunuhan tokoh perbankan, Hussain Ahmad Najadi yang mati ditembak di kawasan letak kereta sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon dekat Bukit Bintang di sini pada Isnin lalu menemui dua perkembangan penting yang diharap dapat merungkai dalang di sebalik kejadian itu.
Pertama, polis telah menangkap pemandu teksi yang membawa lelaki disyaki pembunuh upahan dan kedua, gambar lelaki dipercayai terlibat dalam pembunuhan yang diambil daripada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) diedarkan kepada orang ramai.
kredit: kosmo
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan agresif pihaknya dapat menahan seorang pemandu teksi berketurunan Cina di sebuah restoran di Sri Petaling di sini pada pukul 9 malam kelmarin. Dia kini direman selama tujuh hari bermula semalam.
 
0 Komentar untuk "Gambar blur lelaki disyakki bunuh tokoh perbankan"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top