Info Putra Heights 2016

Mat Yo marah, buang pingat dalam tong sampah

Bukit Jalil: Kecewa, sedih dan marah. Mungkin itu perasaan penyerang Johor Darul Takzim (DT), Norshahrul Idlan Talaha selepas pasukannya hanya bergelar naib juara Piala FA kelmarin.

Pemain terbaik negara itu antara tonggak utama Johor DT yang bermain bermati-matian sepanjang 90 minit sebelum ditewaskan bekas pasukannya, Kelantan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Norshahrul juga enggan ditemuramah media selepas perlawanan berkenaan.

Marah, kecewa

Jika dinilai permainan penyerang kebangsaan itu, dia memang berhak untuk berasa marah dan kecewa kerana Johor DT mempunyai keupayaan untuk muncul juara, tetapi Norshahrul tidak banyak mendapat bantuan rakan sepasukan.

Namun paling mengecewakan Norshahrul apabila golnya pada minit ke-63 dibatalkan pengadil Syed Azhar Syed Kamar yang terlebih dulu meniup wisel kerana mendakwa penyerang itu mengasari Azizi Matt Rose.
Perlu sokongan

Bagi penyerang hebat seperti Norshahrul, kilauan trofi sudah tentu menjadi ganjaran paling bermakna dalam karier mereka, tetapi bola sepak bukan setakat kemahiran individu.

Dia memerlukan sokongan rakan sepasukan untuk berfungsi sebagai perancang dan juga penjaring
0 Komentar untuk "Mat Yo marah, buang pingat dalam tong sampah"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top