Info Putra Heights 2016

10 kesalahan biasa semasa baca Al-Quran

Korang dah khatam Quran kan, bagus lah tuh cuma aku nak kongsi skit 10 kesalahan biasa yang di buat semasa membaca Quran untuk kebaikkan bersama. Bagi dah pro baca Quran mungkin tips ni biasa-biasa untuk anda tapi bagi yang dah lama tak baca Quran dan juga bagi yang nak membaikki bacaan Quran, korang kena tahu ni 10 kesalahan-kesalahan biasa dalam bacaan Quran di Malaysia.

10 Kesalahan bacaan Quran di Malaysia


1. Bacaan SAKTAH - bagaimanakah kaedah 'berhenti sekejap 2 harakat' tanpa mencuri nafas itu?

2. Bacaan IMALAH- bunyi tepatnya macam mana? 'Re' seperti bunyi 'rehal' atau seperti bunyi 'x-ray'? Agak keliru bukan?

3. Bacaan ISYMAM - ketika memuncungkan bibir mulut, perlukah dengung 2 harakat atau tidak?

4. Bacaan TASHIL - ini teknik paling sukar. Buku tajwid takkan mampu menerangkannya kecuali berguru sahaja.

5. 3 PERKATAAN DIBACA IBDAL ATAU TASHIL - sama seperti di atas. Sukar dikuasai tanpa berguru. Lebih-lebih lagi kita tak tahu sebenarnya ada dua pilihan untuk membunyikannya.

6. Bacaan NAQOL- teknik yang paling ramai orang 'tersalah baca'. Wajib anda ketahui beza bunyi salah & bunyi betulnya.

7. Bacaan ILTIQA' SAKINAIN - Kesalahan paling popular orang ramai lakukan, kerana jumlahnya banyak & bertaburan dalam Al-Quran bak 'jerangkap samar'.

8. 6 PERKATAAN 'ALIF ISTIMEWA' - Selalunya, ramai yg TERSALAH membacanya dlm surah Al-Insan.

9. Teknik IBTIDA' HAMZAH WASOL - ramai yang tepat bacaannya, tapi dalam Surah Fatihah saja. Surah lain? Confuse...

10. 3 PERKATAAN 'DO'FIN' - tak ramai tahu ada 2 pilihan untuk baris huruf 'dod', sehingga ada yang mengganggap 'Quran ni salah cetak' bila menemukan ia berbeza baris dengan Al-Quran yang selalu dibaca.

Ha ha pening tak? Hehehe.. takpe kalau korang tahu lebih lanjut, korang boleh perbaikki bacaan Quran korang dengan DVD ni. Semuga mendapat manfaat daripada tips kali nih. DVD ni nak bagi hadiah untuk yang tersayang pun takpe, bagi dia insaf skit kan.
0 Komentar untuk "10 kesalahan biasa semasa baca Al-Quran"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top