Info Putra Heights 2016

Tumpang kasih pada anak patung beruang

London: Seekor anak kuda yang kehilangan ibu kini bergantung kepada anak patung beruang untuk mendapatkan kasih sayang.
Breeze ditemui terbiar di Taman Negara Dartmoor pada 24 Mei lalu beberapa jam selepas dilahirkan.

Dia cuba menyusui kuda betina lain sebelum pasukan petugas penyelamat menemuinya rebah akibat kejutan klinikal dan dehidrasi. Walaupun usaha mencari kuda betina yang melahirkan Breeze dilakukan di kawasan itu, tetapi ibunya tidak dapat ditemui. Petugas penyelamat merawat Breeze hingga sihat di pusat perlindungan kuda betina dan anak kuda di Devon, dan ia diberikan anak patung beruang itu untuk mendapatkan belaian.
Anak patung gergasi itu ditempatkan di kandang Breeze dan haiwan berkenaan dilihat berpuas hati.

Eksekutif pusat berkenaan, Syra Bowden berkata: "Apa yang menyedihkan, Breeze tidak mempunyai ibu untuk menemaninya.

"Walaupun ada penjaga di pusat ini yang bekerja 24 jam sehari untuk menjaganya, tetapi ia tidak sama.
"Justeru, kami memberikannya anak patung beruang gergasi yang boleh dipeluk sebagai teman."-
0 Komentar untuk "Tumpang kasih pada anak patung beruang"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top