Info Putra Heights 2016

Tok gajah harap penalti mlm ni

KUALA LUMPUR - Jurulatih Pahang, Dollah Salleh hanya meletakkan penentuan sepakan penalti sebagai pilihan terakhir pasukannya biarpun hatinya masih berharap keputusan separuh akhir bola sepak Piala FA, malam ini dicapai dalam 90 minit permainan sebenar.
Latihan mengambil sepakan penalti dijalankan (di Stadium Nasional, Bukit Jalil, petang semalam) sebagai langkah berjaga-jaga (menentang Johor Darul Takzim, malam ini). Kalau boleh kami nak habiskan dalam 90 minit permainan.
Pemain tampak cukup bersedia dan mereka mahu mencapai kemenangan walaupun bermain di gelanggang berkecuali (ditunda akibat kekecohan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Selasa lalu) dan ketinggalan 1-0 (daripada separuh akhir pertama di Johor Bahru)," kata Dollah selepas latihan pasukannya di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.
 
Namun, bekas penyerang kebangsaan itu tetap gusar dengan matlamat Tok Gajah dalam memburu gol awal setelah ketinggalan 0-1 kerana barisan bimbingan Fandi Ahmad itu perlu turut dikekang daripada menjaringkan sebarang gol yang boleh membawa kelebihan berdasarkan format jaringan di tempat lawan.
Memang agak sukar walaupun hanya 1-0, kami kena berhati-hati dan menang dengan selesa, jangan sampai jadi kelam-kabut pada saat-saat akhir pula," ujarnya.
 
Mengenai Johor Darul Takzim, kata Dollah, tiga Harimau Berantai Selatan yang perlu diberi perhatian rapi anak-anak buahnya ialah Norshahrul Idlan Talaha, Leonel Nunez dan Nurul Azwan Roya. Mereka ini yang sering memporak-perandakan kubu lawan.
Namun, saya juga percaya semangat pemain semakin membara untuk membolehkan kami mencipta sesuatu. Perancangan kami berbeza kali ini dan kami lebih bersedia dari ketika di Johor Bahru (separuh akhir pertama)."
Dollah juga yakin anak-anak buahnya turut mengambil iktibar daripada pasukan Terengganu yang kehilangan dua pemain kerana dibuang padang gara-gara gagal mengawal emosi ketika terlepas tiket perlawanan akhir Piala FA kepada Kelantan, Selasa lalu.
Kami pun terasa agak khuatir, namun setakat ini saya percaya pemain boleh kawal emosi mereka dan perkara sebegitu tidak akan berlaku," katanya.
 
0 Komentar untuk "Tok gajah harap penalti mlm ni"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top