Info Putra Heights 2016

Satria Neo R3 masuki pasaran Brunei

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd. (Proton) melancarkan pusat 3S yang meliputi jualan, penyelenggaraan dan alat ganti pertama di Brunei sebagai usaha untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin bertambah di negara berkenaan.
Dalam masa yang sama, syarikat turut memperkenalkan kereta model Satria Neo R3 di Brunei malah ia kali pertama dibuat di luar pasaran Malaysia.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim berkata, pusat yang terletak di Gadong itu akan mempamerkan sembilan buah kereta dan menyelenggara sehingga 11 buah kereta serentak.
"Ini menunjukkan komitmen Proton kepada Brunei sebagai satu daripada pasaran utama," katanya dalam kenyataan sempena perasmian pusat 3S di Brunei baru-baru ini.
0 Komentar untuk "Satria Neo R3 masuki pasaran Brunei"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top