Info Putra Heights 2016

Ronaldo berpindah?

London: Presiden Real Madrid, Florentino Perez menegaskan Cristiano Ronaldo, 28, kini sudah bersedia untuk memberikan komitmen penuh berhubung masa depannya dengan kelab gergasi Sepanyol itu.

Sebelum ini, Manchester United berharap dapat mengikat kapten Portugal itu pada harga 65 juta pound (RM325 juta) dan melengkapkan perpindahan terbesar dalam sejarah bola sepak Inggeris selepas Ronaldo memberi bayangan mahu meninggalkan Santiago Bernabue apabila kontraknya tamat pada 2015.
"Matlamat saya, matlamat Ronaldo dan matlamat seluruh penyokong Real adalah untuk menyaksikan dia terus beraksi dengan kelab ini dalam tempoh yang panjang.


"Apabila semua orang mahukan perkara yang sama, kebiasaannya ia pasti akan berlaku. Tidak ada yang lebih baik berbanding memiliki pemain terbaik dunia dalam pasukan," kata Perez
0 Komentar untuk "Ronaldo berpindah?"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top