Info Putra Heights 2016

Preve menang anugerah Frost & Sullivan

Proton Preve dinobatkan sebagai model terbaik dan kategori kereta nilai terbaik bagi 1.31 liter dan ke atas pada Anugerah Kecemerlangan Frost & Sullivan Malaysia 2013, baru-baru ini.
 
Anugerah model terbaik itu diberikan kepada model kenderaan penumpang yang baru dilancarkan dan mendapat kesan signifikan dalam pasaran, menurut Pengurus Industri Perkhidmatan Pengangkutan dan Automotif Asia Pasifik Frost & Sullivan, Vijayendra R. Rao.
Proton Preve dipilih sebagai model terbaik sejak dilancarkan pada April 2012. Sehingga 2012, yang dikeluarkan oleh Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) telah menjual sebanyak 19,000 buah dengan purata jualan sebulan 2,200 buah.
 
Tambahnya, Proton Preve kini menguasai pasaran sebanyak lapan peratus bagi segmen-C semasa pelancarannya.
Bagi anugerah kedua, Proton Preve dipilih sebagai kereta nilai ternaik kerana penjimatan minyak dan pemilikan antara tiga hingga lima peratus bagi tiga tahun pertama berbanding pesaing-pesaingnya
 
0 Komentar untuk "Preve menang anugerah Frost & Sullivan"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top