Info Putra Heights 2016

Pahang tolak hajat Johor DT

Kuantan: Ada khabar kurang senang buat penyokong skuad Harimau Selatan, semalam apabila Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) menyuarakan mereka tidak dapat memenuhi permintaan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang mahukan sejumlah 40,000 daripada 60,000 tiket diperuntukkan kepada tuan rumah.

Menjelang perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, PBNP terpaksa menolak permintaan PBNJ memandangkan permintaan dari penyokong Pahang sendiri cukup tinggi.
Kami terpaksa tolak dan sudah memberi jawapan rasmi kepada PBNJ, kata Setiausaha Agung PBNP, Fuzzemi Ibrahim. Sejak kaunter mula dibuka di Temerloh dan Kuantan pagi tadi (semalam), ribuan penyokong datang membeli tiket termasuk kumpulan yang menukar tiket perlawanan sebelum ini.


Permintaan tinggi

Jadi kerana permintaan tinggi penyokong tempatan, kami terpaksa menolak permohonan PBNJ. Kenyataan itu disokong dengan kehadiran ribuan penyokong tuan rumah yang terpaksa beratur panjang buat kali kedua untuk mendapatkan tiket di Stadium Darul Makmur seawal jam 9 pagi semalam.

Selain Stadium Darul Makmur yang menyediakan 55,000 keping tiket, kaunter jualan turut dibuka di Stadium Mini Majlis Perbandaran Temerloh yang menjual baki 5,000 tiket daripada keseluruhan 60,000 diperuntukkan.

Sementara itu, Naib Presiden Satu PBNP, Datuk Dr Omar Othman, berkata pihaknya tidak mengenakan sebarang caj tambahan biarpun harga tiket di Bukit Jalil RM15 berbanding RM12 di Kuantan sebelum ini.
Pihaknya turut berharap penyokong yang hadir mengikut peraturan ditetapkan supaya tidak lagi berlaku kekecohan seperti yang berlaku di Stadium Darul Makmur Selasa lalu. Pemain pula diharapkan dapat mempamerkan persembahan bertenaga untuk menewaskan Johor DT, katanya
0 Komentar untuk "Pahang tolak hajat Johor DT"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top