Info Putra Heights 2016

Nissan panggil balik 841,000 kenderaan

Nissan Motor Co. Ltd. (Nissan) akan panggil balik 841,000 kenderaan di seluruh dunia, termasuk kereta kompak Micra yang juga dikenali sebagai March akibat masalah stereng.
Micra yang diperbuat di Britain dan Jepun antara tahun 2002 dan 2006 turut terlibat dalam masalah itu, begitu juga model Cube yang diperbuat di Jepun pada tempoh yang sama.
 
Syarikat itu akan memanggil balik kenderaan di Jepun, Eropah, Asia, Afrika, Latin Amerika dan Timur Tengah.
Masalah yang timbul ialah selak yang digunakan pada stereng kereta berkenaan mungkin tidak diketatkan dengan betul serta lebih teruk lagi apabila stereng itu berkemungkinan tidak berfungsi, kata Nissan dalam fail kenyataan kepada Kementerian Pengangkutan Jepun.
Menurut jurucakap Nissan, Noriko Yoneyama, bagaimanapun, tiada kemalangan, kecederaan atau kematian yang dilaporkan akibat masalah itu.
 
Syarikat pengeluar kenderaan auto kedua terbesar Jepun itu memberitahu, Nissan akan memperbaiki masalah tersebut sama ada mengetatkan selak itu atau menggantikan stereng yang baharu.
Kata Yoneyama, kerja membaiki itu akan mengambil masa selama 40 minit, bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai kos yang perlu ditanggung Nissan berhubung panggilan semula terbabit

 
0 Komentar untuk "Nissan panggil balik 841,000 kenderaan"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top