Info Putra Heights 2016

Johor DT mara, jumpa Kelantan final Piala FA

KUALA LUMPUR 2 Jun - Johor Darul Takzim mara ke final Piala FA walaupun terikat agregat 2-2 dengan Pahang, namun pasukan itu layak kerana kelebihan satu jaringan di tempat lawan dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini malam tadi.
Johor Darul Takzim akan bertemu Kelantan pada perlawanan akhir.
 
Perlawanan malam tadi, berkesudahan Pahang menang 2-1. Gol-gol Pahang dijaringkan oleh Matias Ruben Conti pada minit ke-2 dan 40 manakala Johor Darul Takzim menerusi Andrezinho pada minit ke-48.
Johor Darul Takzim mara ke final selepas menang 1-0 dalam perlawanan pertama di tempat sendiri di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 25 Mei lalu.
 
Pertemuan kedua-dua pasukan pada malam tadi diadakan di stadium berkecuali berikutan kekecohan yang berlaku di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Selasa lalu.

 
0 Komentar untuk "Johor DT mara, jumpa Kelantan final Piala FA"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top