Info Putra Heights 2016

Jangan terlalu percaya bahan internet

Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia di luar negara dinasihatkan tidak mudah percaya dengan pelbagai maklumat tidak betul mengenai negara yang disebarkan melalui internet.

Ini berikutan ada pihak yang berusaha menyebarkan maklumat tidak benar mengenai negara kerana kepentingan sendiri.
Justeru, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim, meminta rakyat Malaysia di luar negara merujuk kepada kedutaan negara di tempat masing-masing bagi mendapatkan maklumat yang sahih.


Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan 70 rakyat Malaysia di Dhaka, Bangladesh, Ahad lalu.

Kenyataan beliau dihantar kepada BERNAMA di sini, semalam. Rohani berada di Dhaka bagi menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri bagi Hal Ehwal Wanita Negara Komanwel yang bermula semalam hingga esok.

Pada pertemuan yang turut dihadiri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh, Norlin Othman, Rohani turut berpesan rakyat Malaysia di luar negara sentiasa menunjukkan sikap dan teladan baik sebagai duta kecil negara.

Rohani juga menggesa rakyat Malaysia di luar negara menyumbang kepakaran dan kecemerlangan yang diperoleh di luar negara dalam merealisasikan Wawasan 2020
0 Komentar untuk "Jangan terlalu percaya bahan internet"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top