Info Putra Heights 2016

Honda nak jual 3,200 unit kereta Civic Hibrid tahun ni

KUALA LUMPUR 9 Mei - Honda Malaysia Sdn. Bhd. menyasarkan untuk menjual 3,200 unit kereta Civic Hibrid tahun ini berbanding dengan 1,200 unit tahun lepas, dengan sasaran jualan bulanan 270 unit.
 
"Dengan mempunyai pelbagai pilihan kereta hibrid, Honda telah mengekalkan kedudukan nombor satu di dalam segmen hibrid pada tahun lepas," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Yoichiro Ueno. "Sehingga April 2013, lebih 16,300 unit kenderaan Hibrid Honda telah berada di atas jalan raya Malaysia dan daripada jumlah itu, hampir 2,460 ialah Civic Hibrid," katanya.
Syarikat itu mengumumkan hari ini bahawa Civic Hibrid kini dilengkapi dengan keupayaan kamera belakang untuk berundur dan sistem Telefon Bebas Tangan (HFT).
 
Ia boleh didapati dalam warna 'White Orchid Pearl, Frosty White Metallic' dan 'Crystal Black Pearl.'

 
0 Komentar untuk "Honda nak jual 3,200 unit kereta Civic Hibrid tahun ni"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top