Info Putra Heights 2016

Beca Melaka bakal di patenkan

Melaka Tengah: Beca Melaka yang menjadi identiti negeri ini sejak sekian lama, akan dipatenkan tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Abdul Rahman, berkata usaha melindungi beca melalui hak paten bertujuan memastikan pengangkutan pelancongan itu tidak ditiru negeri lain.
Ketika ini, katanya, ada lebih 250 beca bernaung dengan Persatuan Beca Pelancongan Negeri Melaka (PBPNM) manakala paten turut membabitkan rekaan hiasannya.
Beca Melaka bakal dipatenkan

"Kita menyokong penuh usaha PBPNM melindungi kenderaan mereka dengan mempatenkan nilai eksklusif itu, seiring peruntukan undang-undang.

Strategi pemasaran

"Apabila beca dipaten dan diiktiraf Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), ia mampu memberikan pulangan berganda kepada pemilik berkenaan menerusi strategi pemasaran atau penjualan hak, pelesenan dan francais hingga ke pasaran global," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Perarakan Beca Berhias sempena Hari Harta Intelek Negara dan Festival Antarabangsa Sungai Melaka di Dataran Sungai Melaka di sini, semalam.
Turut hadir, Pengerusi MyIPO, Datuk Abdul Manan Ismail; Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Azizan Mohamad Sidin dan Pengerusi PBPNM, Kapten (B) Khalid Ahmad.
Hasan turut berharap semua pengusaha beca berusaha meningkatkan perkhidmatan bagi mengembangkan industri pelancongan di negeri ini.
0 Komentar untuk "Beca Melaka bakal di patenkan"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top