Info Putra Heights 2016

Takaful Malaysia agih Rebat Tiada Tuntutan RM35j

SYARIKAT Takaful Malaysia Bhd (Takaful Malaysia) yakin dapat mengagih semula Rebat Tiada Tuntutan berjumlah RM35 juta kepada pelanggannya berikutan pertumbuhan positif dalam portfolio Takaful Am.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Mohamed Hassan Kamil, berkata Takaful Malaysia mempunyai lebihan yang mencukupi untuk menampung Rebat Tiada Tuntutannya pada masa depan.
"Unjuran ini dibuat berikutan dasar taja jamin syarikat yang berhemat, pengurusan tuntutan yang cekap dan pelaburan oleh syarikat," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen 'We Should Talk' anjuran syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.


Mohamed Hassan berkata, tahun lalu, Takaful Malaysia membayar RM31 juta dalam Rebat Tiada Tuntutan kepada pelanggannya iaitu jumlah paling tinggi.

Susulan itu, beliau berkata, pihaknya yakin akan menguasai lebih 50 peratus bahagian pasaran berbanding 40 peratus kini.

Katanya, tahun ini, syarikat menawarkan tambahan lima peratus pada Rebat Tiada Tuntutan untuk produk bukan kenderaan, untuk sijil berakhir 2013
0 Komentar untuk "Takaful Malaysia agih Rebat Tiada Tuntutan RM35j"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top