Info Putra Heights 2016

Sumpah laknat Saiful depan Kaabah

KUALA LUMPUR 3 Mei - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli (gambar) secara terbuka berkata, sekiranya diliwat, beliau tidak akan mendedahkan perkara itu kepada umum tetapi sebaliknya akan balik dan bersembunyi di kampung kerana malu.
Dalam ceramahnya semalam, Rafizi memperlekehkan video sumpah laknat yang dibuat di hadapan Kaabah, Mohd. Saiful Bukhari Azlan sambil mendakwa video itu adalah hasil teknologi superimposed.
 
Malah, calon PKR Parlimen Pandan itu turut menggelar Mohd. Saiful sebagai 'celaka' dan memperlekehkan sumpah laknat yang dibuat di hadapan Kaabah itu.
"Celaka kau Saiful Bukhari, kau tidak takut Allah, kau boleh tipu ambil gambar superimposed letak gambar atas latar belakang Kaabah. Di pejabat saya sendiri ada studio yang boleh buat video macam itu.
"Kalau aku kena liwat, aku tidak akan bagi tahu semua orang yang aku kena liwat dan diam-diam balik kampung. Bukan macam Saiful. Mahkamah dah kata tidak ada (liwat) dia masih kata diliwat. Malu," katanya dengan nada menghina.
Beliau berkata demikian dalam satu ceramah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Malaysia, Bandar Tun Razak yang dihadiri kira-kira 100 orang di sini malam tadi.
 
Semalam Mohd. Saiful tampil menayangkan rakaman video sumpah laknat yang dilafazkan di hadapan Baitullah, Mekah bahawa beliau telah diliwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada wartawan buat pertama kali.
Sebelum itu ahli jentera MCA Pandan, Ng Lum Yong juga telah mendesak Rafizi untuk membuat laporan polis berhubung penyebaran risalah serta tulisan di internet yang mengaitkannya dengan aktiviti homoseksual.
 
0 Komentar untuk "Sumpah laknat Saiful depan Kaabah"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top