Info Putra Heights 2016

Sarawak sah ke Liga Super 2014 - tahniah

Sarawak sah ke Liga Super 2014
Pemain Johor Ezequiel Andrian Gallegos (tengah) yang terjatuh cuba menarik baju pemain Kedah Badrol Bakhtiar pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Pasir Gudang, semalam.
 
Kuala Lumpur: Pendahulu Liga Perdana, Sarawak sah layak beraksi di Liga Super, musim hadapan selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Pos Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam.

Selepas 19 perlawanan, skuad 'Bujang Senang' semakin selesa di puncak liga dengan mengumpul 49 mata, empat mata mengatasi pencabar utama, Sime Darby FC - dengan berbaki tiga perlawanan.
Sarawak memecah kebuntuan jaringan pada babak kedua hasil jaringan Muamer Salibasic pada minit ke-63 sebelum Bobby Gonzales menambah derita lawan dengan dua jaringan (m-88 dan m-93).


Sime Darby FC pula mengalami nasib berbeza apabila tewas 0-1 di tangan pendatang baru Liga Perdana, SPA Putrajaya FC di Stadium UiTM, Shah Alam.

Johor menang tipis

Di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Johor meneruskan rentak kemenangan dalam usaha menempatkan diri secara automatik layak ke saingan Piala Malaysia musim ini apabila menang tipis 1-0 ke atas Kedah, petang semalam.

Johor mendapat peluang terbaik pada minit ke-14 apabila Juan Muriel Orlando merembat bola kencang dari luar kotak penalti namun palang gol menjadi penghalang ketika penjaga gol, Abdul Hadi Abdul Hamid sudah tertewas.
Bermula babak kedua, tuan rumah lebih bertenaga dan berjaya mendapatkan gol pada minit ke-54 apabila bola kuisan ke belakang Ezzequel Gallegos disambar Orlando yang merembat leret menewaskan Abdul Hadi.

Dalam perlawanan lain, Perlis menang besar 4-0 ke atas Betaria FC 4-0 manakala Sabah turut mengutip mata penuh menewaskan Kuala Lumpur 3-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Polis pula berkongsi satu mata bersama UiTM FC selepas seri tanpa jaringan di Stadium Hang Jebat, Melaka.
0 Komentar untuk "Sarawak sah ke Liga Super 2014 - tahniah"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top