Info Putra Heights 2016

'Red Bean Army' di bayar rm3k - rm10k utk burukkan kerajaan

KUALA LUMPUR 3 Mei - Beberapa blog mendedahkan kewujudan sekumpulan tentera siber dikenali sebagai 'Red Bean Army' yang difahamkan ditaja DAP bagi memburukkan serta memfitnah kerajaan menggunakan laman sosial seperti Facebook dan Twitter sejak empat hingga enam tahun lalu.
Menurut pengendali blog The Flyingkick (http://theflyingkick.blogspot.com), kumpulan itu dianggarkan berjumlah antara 2,000 hingga 3,000 orang yang difahamkan ditugaskan untuk membangkitkan rasa benci serta tidak percaya kepada kerajaan.
 
Pengendali blog itu juga mendakwa kumpulan 'Red Bean Army' itu juga menjadikan Bangunan Komtar, Pulau Pinang dan Hotel Concorde, Kuala Lumpur sebagai pejabat operasi utama dan setiap ahli kumpulan tersebut dibayar secara purata RM3,000 sehingga RM10,000 sebulan.
"Tugas secara tetap setiap hari itu adalah untuk menyerang laman web dan sosial prokerajaan, menyebar bahan untuk memburukkan kerajaan, mematahkan hujah prokerajaan di media alternatif dan menghalang penjelasan kerajaan daripada sampai kepada rakyat.
"Modus operandi kumpulan tersebut ialah mencipta fitnah atau fiksyen separa benar, memanipulasi maklumat menghentam dan mencaci kerajaan serta menyebar luas secepat mungkin," kata pengendali blog itu.
 
Menurut pengendali blog itu lagi, tidak hairanlah isu kejadian di Kentucky Fried Chicken (KFC) yang mana pelanggan Cina dikasari oleh pekerja Melayu yang berang kerana dimaki hamun telah dijadikan isu rasis dan tersebar dalam internet dalam masa 24 jam.
"Video itu kemudian dipetik portal propembangkang seperti Malaysiakini yang kemudiannya menerima beribu-ribu komen penyokong pembangkang dalam sekelip mata.
 
"Video itu seterusnya disebar oleh blog-blog dan laman web sehingga menjadi isu besar dan jika kena pada isunya, pihak asing juga akan memetik perkara tersebut sehingga menampakkan Malaysia tidak selamat," ujarnya.
Mengulas lanjut, pengendali blog itu memberitahu, lebih dahsyat, bagi mencapai objektif mereka, DAP sanggup pergi lebih jauh sehingga ke tahap mengugut dan mengancam.
Malah, blog itu juga turut mendedahkan sebahagian senarai nama serta pemilik akaun Facebook anggota 'Red Bean Army' itu yang kesemuanya berbangsa Cina.
 
0 Komentar untuk "'Red Bean Army' di bayar rm3k - rm10k utk burukkan kerajaan"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top