Info Putra Heights 2016

PRU-13: Tidak akan ada wakil MCA dalam Kabinet - Soi Lek

KUALA LUMPUR 6 Mei - Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menegaskan parti itu akan mengotakan janji untuk tidak mengisi sebarang jawatan dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan berikutan prestasi buruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Dalam tweet terbaru beliau di laman Tweeter, beliau berkata:
"MCA akan menghormati keputusan pengundi bahawa jika kami gagal memperbaiki prestasi berbanding PRU lalu, kami tidak akan mengisi sebarang jawatan dalam kerajaan."
MCA hanya menang di lima kerusi Parlimen - Tanjung Malim, Labis, Ayer Hitam di Johor, Bentong dan Tanjung Piai - berbanding 15 kerusi pada 2008
 
0 Komentar untuk "PRU-13: Tidak akan ada wakil MCA dalam Kabinet - Soi Lek"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top