Info Putra Heights 2016

Piala FA 2013 - Terengganu di hujung tanduk

Kuala Terengganu: Serang habis-habisan! Itu amanat kapten Terengganu, Mohd Faizal Mohamad kepada rakan sepasukan menjelang separuh akhir kedua Piala FA menentang Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, petang ini.

Pertahanan kebangsaan itu juga menegaskan yang pasukan bimbingan E Elavarasan masih berpeluang layak ke final meskipun tewas 1-4 di Kota Bharu, Kelantan Sabtu lalu.
"Saya yakin jika rakan sepasukan turun beraksi dengan semangat dan bermain mati-matian, tidak mustahil pasukan ini mampu mencipta kejutan.


Cari gol awal

"Bagi saya dalam bola sepak apa saja boleh terjadi dan kami melupakan kekecewaan dalam perlawanan pertama apabila melepaskan empat gol dalam masa 10 minit terakhir permainan tamat.

"Saya harap rakan sepasukan lupakan detik mengecewakan itu sebaliknya menebus kembali apabila beraksi di gelanggang sendiri petang ini," katanya di Kuala Terengganu, semalam.

Bekas pemain skuad Harimau Muda A itu berkata, baki 90 minit yang perlu ditempuhi tidak harus dipersiakan dan apa yang penting jentera serangan tidak mensia-siakan peluang terhidang.
Bagi Hasmizan Kamoruddin diharapkan pasukan itu memperolehi gol awal kerana ia bukan saja dapat merapatkan defisit gol, tetapi akan menaikkan semangat pemain untuk terus memburu gol.
0 Komentar untuk "Piala FA 2013 - Terengganu di hujung tanduk"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top