Info Putra Heights 2016

Pengirim surat Obama guna biji jarak buat racun

Jackson: Topeng debu dan barangan lain yang dirampas daripada studio seni mempertahankan diri seorang lelaki Mississippi yang didakwa menghantar surat dicemari racun kepada Presiden Barack Obama dan dua pegawai lain diuji positif mengandungi racun risin yang boleh membunuh.
“Dokumen mahkamah yang disiarkan kelmarin menyatakan rekod yang dirampas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) juga menunjukkan pengajar seni mempertahankan diri, Everett Dutscke, menempah benih pokok jarak (Castor), yang digunakan untuk menghasilkan risin, daripada eBay,” kata Ejen Khas FBI, Stephen Thomason, dalam afidavit setebal lapan muka surat.

Dutschke, yang dipenjarakan tanpa ikat jamin, dijangka hadir di mahkamah daerah di Oxford, Mississippi, untuk sesi keterangan penahanan hari ini. -
0 Komentar untuk "Pengirim surat Obama guna biji jarak buat racun"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top