Info Putra Heights 2016

Pas 4, pkr 3, dap 3

SHAH ALAM – Pas Selangor membidas DAP, sekutunya dalam pakatan pembangkang negeri, kerana mempertikaikan agihan kerusi barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang dicadangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 17 Mei lalu.
 
Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Abd. Rani Osman berkata, Timbalan Pengerusi DAP negeri, Tony Pua tidak sepatutnya mempertikaikan cadangan yang dikemukakan Abdul Khalid tersebut dan mendakwa DAP perlu mendapat lebih wakil Exco berbanding Pas.
"Tidak perlu pertikai keputusan Menteri Besar Selangor kerana ia pilihan yang sahih dan sebarang pilihan yang dibuat oleh Abdul Khalid mesti diterima semua parti (dalam pakatan pembangkang).
"Kita perlu terima apa sahaja keputusan Menteri Besar Selangor buat masa ini kerana pada akhirnya ia memerlukan perkenan Sultan Selangor," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
 
Tony Pua dalam sebuah portal berita semalam mempersoalkan cadangan agihan kerusi barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan mendakwa pakatan pembangkang negeri pada satu mesyuarat Khamis lalu bersetuju bahawa DAP mendapat empat tempat dalam Exco, manakala Pas memperoleh tiga serta boleh memilih jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.
0 Komentar untuk "Pas 4, pkr 3, dap 3"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top