Info Putra Heights 2016

Neymar sah dgn Barcelona walaupun Real Madrid nak bagi 2 kali ganda

Neymar berkata dia menandatangani perjanjian kontrak lima tahun dengan kuasa besar Sepanyol itu kelmarin, dua hari selepas dia mengumumkan untuk memilih kelab itu berbanding Real Madrid.
"Saya sedih untuk meninggalkan Santos tetapi ini adalah penghormatan besar menandatangani dengan kelab seperti Barcelona dan dapat bermain dengan sebilangan pemain terbaik di dunia," kata Neymar.


Bayaran RM90 juta

Pemain Brazil berumur 21 tahun itu akan menyertai senarai pemain bintang yang turut dibarisi Pemain Terbaik FIFA Lionel Messi, Xavi Hernandez dan Andres Iniesta.

Neymar atau Barcelona bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat yuran perpindahan, tetapi media Brazil melaporkan kelab Sepanyol itu membayar 30 juta euro (RM90.86 juta) buat pemain muda itu. Santos menyatakan menerima tawaran daripada Barcelona dan Real Madrid namun menyerahkan kepada Neymar untuk memilih bermain dengan pasukan mana.

Neymar mengumumkan menerusi Twitter dan Instagram mengenai pemergiannya daripada kelab Brazil yang diwakilinya sejak bermain secara profesional ketika masih remaja pada 2009.
"Kini berakhirlah perjalanan indah dengan kelab yang istimewa. Terima kasih semuanya. Saya akan simpan saat ini dengan saya sepanjang hayat," kata Neymar.

Neymar membantu meningkatkan prestasi Santos sejak Pele berhenti bermain dengan kelab itu pada 1970-an. Dia membantu Santos memenangi Piala Brazil 2010, Copa Libertadores 2011 dan tiga kali berturut-turut kejohanan antara negeri Sao Paulo. Dia kekal sebagai penjaring terbanyak kelab itu selepas era Pele dengan 138 gol daripada 230 perlawanan
0 Komentar untuk "Neymar sah dgn Barcelona walaupun Real Madrid nak bagi 2 kali ganda"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top