Info Putra Heights 2016

Kuasa Jurulatih

'Kuasa jurulatih'
Datuk M Karathu (kiri) dan Wan Jamak Wan Hassan
Karathu, Wan Jamak minta pengendali diberi kuasa; dapat kekang kegiatan bookie

Kuala Lumpur: "Beri bonus dan luaskan bidang kuasa seseorang jurulatih!"
Demikian cadangan bernas yang terbit daripada mulut dua jurulatih berpengalaman negara - Datuk M Karathu dan Wan Jamak Wan Hassan dalam usaha mengekang kegiatan bookie daripada terus berleluasa dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M).

Beri lebih kuasa kepada jurulatih kerana jurulatih lebih mengerti kemampuan sebenar setiap pemain. Kalau didapati bersalah, buang mereka daripada pasukan dan hebahkan kepada semua pasukan supaya tidak menggunakan khidmat pemain berkenaan sekali gus memberi pengajaran berguna kepada pemain lain," Datuk M Karathu, jurulatih negara

Pada pengamatan mereka, dua langkah pencegahan itu dilihat menjadi antara kaedah terbaik untuk mengelakkan pemain daripada terjebak dalam gejala rasuah.

"Benda ini sudah lama. Malah, seluruh dunia juga ada kes mengatur perlawanan. Sekarang sudah jadi serius kerana faktor sukar untuk mengenalpasti bookie dan mendapatkan bukti namun setiap keputusan (menerima sogokan atau tidak) adalah bergantung kepada pemain itu sendiri.

"Beri lebih kuasa kepada jurulatih kerana jurulatih lebih mengerti kemampuan sebenar setiap pemain. Kalau didapati bersalah, buang mereka daripada pasukan dan hebahkan kepada semua pasukan supaya tidak menggunakan khidmat pemain berkenaan sekali gus memberi pengajaran berguna kepada pemain lain," kata Karathu ketika dihubungi semalam.

Gejala rasuah difahamkan 'kembali menghantui bola sepak negara' apabila perlawanan Liga Perdana antara Kuala Lumpur dan Sime Darby di Stadium KLFA, Cheras kelmarin berkesudahan dengan jaringan yang sudah dijangka sekumpulan penyokong setia skuad ibu kota itu.
Dua kain rentang tertulis "Bookie Detected (Bookie dikesan)" dan "Bookie 5 Fans (peminat) 0" diletakkan dari awal permainan dan selepas tamat permainan, Sime Darby menewaskan tuan rumah dengan jaringan seperti dijangka.

Pemain bersifat kebendaan: Wan Jamak

Sementara itu, Wan Jamak pula menyifatkan pemain yang ada sekarang lebih bersifat kebendaan dan terlalu mengejar kemewahan sehingga mudah terjerat dengan perangkap bookie.

"Wang ringgit memang penting dan faktor itu juga mendorong pemain untuk menerima rasuah. Bagi saya pihak pengurusan perlu beri insentif kepada pemain setiap kali mencapai sasaran.

"Contohnya, jika sasaran tidak bolos dalam sesuatu perlawanan tercapai, tidak salah jika pemain dihargai dengan pemberian insentif. Saya juga harap Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Menteri Belia dan Sukan dapat mengambil tindakan drastik dalam menangani perkara ini," kata Wan Jamak.
0 Komentar untuk "Kuasa Jurulatih"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top