Info Putra Heights 2016

Kes kanak-kanak mati di Putra Heights - 3 kemungkinan

Petaling Jaya: Pakar Patalogi Forensik memberitahu Mahkamah Koroner, di sini semalam terdapat tiga kemungkinan punca menyebabkan kematian William Yau Zhen Zhong, enam tahun.

Dr Nur Ayutimasery Abdullah, berkata kemungkinan itu dibuat selepas bedah siasat selesai dijalankan ke atas mayat mangsa pada 25 Januari lalu.
Beliau berkata, kemungkinan pertama adalah mangsa terkena hentakan kuat pada kepala dan mati.


"Kemungkinan kedua dan ketiga, mangsa terjatuh dalam longkang yang berair dan mati, ataupun jatuh dalam longkang lalu terhentak kepala dan mati," katanya.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt, Dr Nur Ayutimasery berkata, tiada kemungkinan mangsa mati lemas kerana perlu ada perubahan pada mayat seperti paru-paru berair dan kembung serta buih halus yang banyak pada rongga pernafasan.

Simptom tidak ditemui

Bagaimanapun katanya, dalam kes Zhen Zhong simptom itu tidak ditemui kerana mayat mangsa sudah reput.
Saksi ke-12 itu memberi keterangan di depan Koroner Mohd Hezri Shaharil dalam prosiding inkues bagi menyiasat kematian Zhen Zhong.

Pada 16 Januari lalu, Zhen Zhong dilaporkan hilang oleh ibu bapanya dan sembilan hari kemudian mayatnya ditemui tersangkut pada tepi bot nelayan di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang
0 Komentar untuk "Kes kanak-kanak mati di Putra Heights - 3 kemungkinan"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top