Info Putra Heights 2016

KERRY INGREDIENTS MALAYSIA di denda rm140 000

JOHOR BAHRU - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM140,000 terhadap sebuah kilang pengeluar makanan dan minuman di negeri ini atas pertuduhan melepaskan sejenis bahan kimia baru-baru ini.
Hakim Nu'aman Mahmud Zuhdi berbuat demikian ke atas Kerry Ingredients (M) Sdn. Bhd. yang beralamat di Nombor 4, Jalan Sri Plentong, Taman Sri Plentong, Masai di sini.
 
Mengikut pertuduhan, premis tersebut didapati bersalah melanggar Peraturan 11(1)(b), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dengan melepaskan efluen yang mengandungi paras kepekatan Oksigen Biokimia Yang Diperlukan (BOD5) sebanyak 1,400 miligram (mg) dan pepejal terampai 580 mg melebihi kepekatan yang ditetapkan.
 
Kilang tersebut juga didakwa melanggar Peraturan 12(b), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindutrian) 2009 dengan melepaskan efluen yang mengandungi paras kepekatan Oksigen Kimia Yang Diperlukan (COD) sebanyak 3,100 mg iaitu melebihi paras yang dibenarkan iaitu 200 mg.
Kerry Ingredients didakwa mengikut Peraturan 32, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.
Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Mohd. Aznor Lamat dan Abd. Razak Ahmad.
Sementara kilang berkenaan diwakili oleh Tetuan Lee Hishamuddin Allen & Gledhill.
0 Komentar untuk "KERRY INGREDIENTS MALAYSIA di denda rm140 000"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top