Info Putra Heights 2016

Kepulangan Ashari ceriakan skuad Penyu

Kuala Terengganu: Kepulangan penyerang prolifik, Ashari Shamsudin selepas penggantungan perlawanan mencetus rasa ceria jurulatih Terengganu, E Elavarasan menjelang pertembungan dengan Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, petang esok.

Pengendali pasukan itu beranggapan kehadiran Ashari yang tidak beraksi ketika Penyu tewas 1-2 kepada Lions X11 Selasa lalu dapat menguatkan jentera serangan yang nyata kurang menyengat ketika bertemu pendahulu liga itu.
Saya harap kemasukan semula Ashari (Shamsudin) dan sedikit rombakan dalam pasukan akan membantu meraih mata petang esok, katanya di Kuala Terengganu, semalam.


Azubir mungkin beraksi

Pengendali berusia 48 tahun berkata, sejak pasukan kehilangan penyerang berbisa, Jean-Emmanuel Effa Owona yang patah pergelangan tangan, bahagian serangan kurang menyengat.

Tambahnya, seorang lagi tonggak utama, Zubir Azmi yang sudah pulih daripada kecederaan dan tidak beraksi dalam beberapa perlawanan berkemungkinan besar akan diturunkan.

Buat masa sekarang saya tidak mengalami masalah penggantungan dan kecederaan pemain. Saya ada banyak pilihan dan saya yakin percaturan dibuat petang esok akan membuahkan hasil.
Kita tahu Pahang antara pasukan pilihan musim ini dan saya harap pemain harus lebih fokus untuk pertemuan ini kerana tiga mata penuh mesti dikutip bagi merapatkan mata dengan pasukan atas liga, katanya.
0 Komentar untuk "Kepulangan Ashari ceriakan skuad Penyu"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top