Info Putra Heights 2016

Kelantan ke pusingan ke2 AFC

Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak harus orang paling lega ketika ini selepas membimbing pasukan mara ke pusingan kedua, Piala Konfederasi Asia (AFC).




Selepas dikecam dan dikritik peminat The Red Warriors tempoh hari kerana aksi yo-yo pasukan, dia berjaya menambat balik keyakinan penyokong negeri dan harus mula mengilhamkan satu congakan lebih berkesan apabila berdepan aksi pada 14 Mei ini bagi pusingan berikut.





“Saya amat gembira dengan persembahan semua pemain malam ini. Saya akui banyak kesilapan yang dilakukan pemain saya pada awal babak pertama menyebabkan pergerakan serangan sedikit perlahan.











Jadual padat diatasi



“Haris (Mohd Haris Safwan) dan Khairul (Izuan Rosli) beraksi dengan baik cuma nasib saja tidak menyebelahi mereka untuk menjaringkan gol. Saya harap untuk perlawanan seterusnya mereka dapat menjaringkan gol kerana menerusi jaringan saja dapat memberi keyakinan tinggi kepada seseorang penyerang.



“Kami sudah melepasi peringkat kumpulan malah berjaya menjadi juara Kumpulan G. Ia sangat memberi kelegaan kepada pasukan selepas tertekan dengan jadual padat dan masalah prestasi dalam perlawanan sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas perlawanan antara Kelantan dengan Ayeyawady United, di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam kelmarin.

Dalam perlawanan terakhir kumpulan anak didik Hodak menewaskan kelab Myanmar, Ayeyawady United 3-1 hasil jaringan Dimitri Petratos, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim dan Mohd Badhri Radzi manakala gol sagu hati pelawat oleh Nay Lin Tuan.



Sementara itu, jurulatih Ayeyawady United, Marjan Sekulovski berkata, biarpun tewas beliau gembira dengan aksi anak buahnya yang bermain tanpa kelibat enam tonggak utama menentang lawan lebih baik seperti Kelantan

0 Komentar untuk "Kelantan ke pusingan ke2 AFC"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top