Info Putra Heights 2016

Jehan Miskin khawin wanita Korea

Dengan dua kali lafaz, pelakon Jehan Miskin sah bergelar suami kepada wanita Korea, Julie Camelia Rhee, 29 dalam satu majlis yang berlangsung indah di Carcosa Seri Negara hari ini.
Diijabkabul oleh Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Mohd Sahirman Ahmad. Pengantin perempuan yang segak mengenakan persalinan rekaan Zaterra turut menerima mas kahwin sebanyak RM12,000 tunai berserta tiga dulang hantaran berupa beg tangan jenama Braun Buffel, komputer riba Apple dan set mandian.
 
Manakala Jehan pula menerima tiga dulang hantaran berupa beg bimbit jenama Braun Buffel, pen Cross dan Ipad Mini.
Sementara itu majlis perkahwinan pelakon yang terkenal melalui drama bersiri Awan Dania ini yang dihadiri 100 orang yang rata-ratanya kaum keluarga dan rakan terdekat di akhiri dengan acara minumpetang.
Selain itu turut kelihatan adalah beberapa rakan artis seperti Azura Zainal, Cheryl Samad, Tony Eusoff, Nurul Wahab dan suaminya Eric Depp

 
0 Komentar untuk "Jehan Miskin khawin wanita Korea"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top