Info Putra Heights 2016

Herman Tino dapat 340 undi

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang untuk penggal kelima sejak kali pertama bertanding pada pilihan raya umum 1995.
Timbalan Pengerusi BN Selangor itu yang pertama kali berdepan dengan pertandingan tiga penjuru memperoleh 20,548 undi menewaskan dua calon iaitu Mohamad Rashdi Deraman daripada Pas (16,154 undi) dan calon Bebas penyanyi dangdut era 1980-an Herman Tino yang mendapat 340 undi.
Noh menang dengan majoriti 4,394 undi, meningkat 574 undi, berbanding 3,820 undi pada PRU-12, pada 2008.
Kemenangan Noh kali ini merupakan kali keempat beliau menewaskan calon daripada Pas.
Semasa beliau pertama kali bertanding pada PRU-9, pada 1995, Noh menewaskan calon daripada Parti Melayu Semangat 46.
Dalam pada itu, calon BN Parlimen Sepang, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed tewas kepada calon Pas, Mohamed Hanipa Maidin dengan majoriti 1,104 undi.
Dalam pertandingan empat penjuru itu, Mohd. Zin hanya memperoleh 35,670 undi, manakala Mohamed Hanipa mendapat 36,774 undi.
Dalam pada itu, dua calon Bebas, Hanapiah Mohamad serta Suhaimi Mohd. Ghazali, masing-masing memperoleh 318 dan 963 undi
 
0 Komentar untuk "Herman Tino dapat 340 undi"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top