Info Putra Heights 2016

Dua ditahan kerana racun murid tadika

BEIJING - Polis China menangkap ketua sebuah tadika dan rakan sekerjanya berhubung kematian dua kanak-kanak sebuah tadika pesaing kerana termakan dadih yang disuntik racun tikus, lapor media pemerintah semalam
Mangsa yang merupakan budak perempuan berusia lima dan enam tahun dari wilayah Hubei, utara China, maut selepas termakan dadih yang ditemui di dalam sebuah beg di tepi jalan.
Ketika kejadian, adik-beradik itu sedang berjalan kaki untuk ke tadika bersama nenek mereka.
Ketua tadika tersebut, Shi Haixia dan rakan sekerjanya mengaku menyuntik racun ke dalam dadih tersebut dan meninggalkan makanan itu di tepi jalan.
"Niat mereka adalah untuk merosakkan reputasi tadika yang menjadi pesaing mereka," menurut akhbar China Daily yang memetik kenyataan seorang pegawai tempatan.
Kedua-dua suspek itu ditangkap Rabu lepas iaitu pada hari yang sama si adik meninggal dunia selepas seminggu dirawat di hospital.
Kakaknya pula maut beberapa jam selepas memakan dadih tersebut pada 24 April lalu.
Akhbar China Daily memetik seorang profesor pendidikan rendah sebagai berkata, pembunuhan itu mendedahkan masalah ketiadaan undang-undang bagi mengawal selia tadika persendirian, susulan kekurangan tadika awam terutama di pedalaman negara itu
 
0 Komentar untuk "Dua ditahan kerana racun murid tadika"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top